Sabtu, 3 Disember 2011

Perniagaan menguntungkan – 3 Ciri Utama Yang Perlu Ada

 
Menceburi perniagaan menguntungkan adalah laluan utama anda mencapai “financial freedom”. Tiada siapa yang mahu rugi bila berniaga. Oleh itu jika anda ingin memilih perniagaan multilevel yang terbaik untuk disertai, pastikan terdapatnya 3 ciri utama yang berikut;

1. Syarikat Yang Mantap

i. Syarikat yang kukuh dan stabil biasanya telah lama bertapak dalam industri MLM Malaysia. Dan telah pun mendapat pelbagai pengiktirafan dari segi kualiti dan innovasi produk, kehebatan pelan pemasaran dan sumbangan terhadap peningkatan ekonomi negara.

Kalau 10 tahun yang lalu anda pernah mendengar nama syarikat tersebut menjual 1 atau 2 produk, kini rangkaian produknya sangat besar dan syarikat tersebut telah melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa. Biasa dengar?

ii. Syarikat yang berdaya maju dan selalu ke hadapan akan menyediakan sistem dan kemudahan yang terkini untuk para pengedarnya. Dengan adanya sistem yang menyediakan data tentang keahlian, jualan, pendapatan bulanan dan sebagainya anda tidak perlu memeningkan kepala untuk mencongak-congak prestasi anda setiap bulan. Jarang-jarang dengar!

2. Produk Yang Hebat

i. Semestinya produk yang berkualiti dan terjamin halal yang telah melalui proses pembikinan yang suci dan bersih. Rezeki yang halal mesti datang daripada punca yang halal.

ii. Pastikan produknya adalah jenis habisguna yang sentiasa diperlukan oleh setiap lapisan pengguna seperti makanan dan minuman, pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya supaya anda dapat melakukan jualan ulangan (repeat sale) kepada pelanggan yang sama. Boleh kah anda menjual peti sejuk kepada pelangan yang sama di bulan hadapan?

iii.Lagi hebat jika produk tersebut agak unik yang tidak mudah dijumpai di pasaran sistem runcit maupun sistem jualan langsung. Keunikan produk menjadi perniagaan menguntungkan terutama apabila terbukti keberkesanannya.

iv. Harga yang berpatutan yang mampu dibeli oleh semua golongan pengguna. Golongan pengguna yang manakah anda fikir mampu membeli minuman kesihatan yang berharga RM 300 sekotak secara berterusan?

v. Dan sudah tentu yang memenuhi syarat-syarat wajib yang lain yang pastinya anda telah tahu seperti pengiktirafan produk, kelulusan cara pembuatan dan lain-lain.

3. Pelan Pemasaran Yang Berkesan

i. Modal kecil yang tidak membebankan tetapi boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Perlukah anda “bergadai bergolok” untuk mendapatkan modal permulaan sedangkan modal yang sebenar adalah kemahiran anda sendiri yang boleh anda perolehi melalui latihan dan bimbingan upline?
Pelan pemasaran yang berkesan tidak memerlukan modal permulaan yang besar untuk memastikan anda menjadi usahawan berjaya Malaysia. Telah terbukti ramai jutawan yang di wujudkan di Malaysia bermula hanya dengan modal kurang dari RM100!

ii. Pelan yang adil dan tidak menekan.

Setiap pengedar harus mempunyai peluang yang sama rata untuk membuat keuntungan tidak kira di peringkat mana anda berada. Tidak timbul soal penyertaan awal atau lewat.

Pengedar tidak perlu merasa tertekan dengan syarat-syarat yang mesti dipenuhi untuk mencapai target tertentu. Anda mestilah mempunyai kebebasan menentukan target anda sendiri berdasarkan kemampuan dan usaha anda sendiri.

iii. Penekanan pentingnya menjual produk dan menaja ahli baru mestilah seimbang. Hakikat kejayaan di dalam perniagaan multilevel adalah;
a. Perlunya jualan produk untuk memastikan syarikat mempunyai sumber kewangan dan membuat keuntungan yang berterusan untuk dikongsikan dengan para pengedar.
b. Perlunya penajaan ahli baru bagi memastikan syarikat terus berkembang dan terus kekal di dalam industri MLM Malaysia.

iv. Menekankan konsep ‘teamwork’ untuk saling membantu sesama pengedar di dalam kumpulan masing-masing. Mengutamakan keikhlasan melatih, membimbing dan mencurahkan ilmu kepada downline supaya dapat bersama-sama membangun di setiap peringkat.

v. Carilah matlamat tersirat daripada pelan pemasaran yang benar-benar ikhlas ingin membantu meningkatkan taraf ekonomi para pengedar sebagai amal kebajikan untuk membantu umat sejagat.

vi. Pelan pemasaran yang hebat mementingkan kebajikan para pengedarnya dengan menyediakan faedah khas.

vii. Mempunyai Kod Etika yang tidak boleh dimanipulasi untuk menghalang para pengedar daripada berbuat salahlaku seperti mencuri downline dan sebagainya.

Jika anda telah menemui 3 ciri yang dinyatakan di atas, anda telah pun berada di permulaan lebuhraya menuju ke gelanggang yang akan mencipta seorang lagi usahawan berjaya Malaysia. Mantapkan langkah pertama anda dari sini